Malaysia Hot

Iraq belum tersingkir - Arnold


PHILADELPHIA: Pengurus Iraq, Graham Arnold menegaskan pasukannya masih belum tersingkir daripada Piala Dunia 2026 selepas tewas 0-3 kepada Perancis dalam aksi Kumpulan I, pagi tadi.

Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam perlawanan yang tertangguh hampir dua jam akibat cuaca buruk, manakala pada aksi pertama, gawang Iraq dibolosi dua gol Erling Haaland yang menyaksikan skuad itu tewas 4-1 kepada Norway.

Iraq akan menamatkan peringkat kumpulan menentang Senegal, Jumaat ini di Toronto.

"Bagi saya sekarang, semuanya mengenai aksi dengan Senegal," kata jurulatih dari Australia itu. "Anda tahu, peringkat playoff membabitkan lapan pasukan tempat ketiga, kami masih ada peluang.

"Kami perlu cepat lupakan perlawanan ini. Apabila saya kata kami ada peluang, kami perlu turun menentang Senegal dan mengalahkan mereka. Kemudian kami masih ada peluang untuk mendapatkan salah satu daripada lapan tempat itu."

Kemudian perlawanan tertangguh lama sebelum bermula separuh masa kedua dengan Iraq kesilapan yang menghadiahkan gol kedua kepada Mbappe dan Perancis.

"Tiada apa yang boleh saya buat kecuali tunjuk lebih banyak rakaman separuh masa pertama semasa rehat untuk menunjukkan di mana Perancis membolosi kami," kata Arnold.

"Namun, lebih kepada pemain perlu duduk bersama, bertenang dan kemudian bersedia semula, tapi seperti yang saya katakan, ia pengalaman yang unik.

"Bagi mereka semua, ia sesuatu yang mengecewakan. Cara kami bermain menentang Norway dan satu kesilapan menghukum kami. Hari ini, saya rasa selepas separuh masa, kami benar-benar dalam permainan dan satu lagi kesilapan menghukum kami."

Sumber.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال