Malaysia Hot

Kes 2 remaja perempuan hilang 3 hari, polis lanjut reman 5 lelaki hingga Selasa ini


MACHANG: Tempoh reman lima lelaki yang ditahan berhubung kehilangan dua sepupu remaja perempuan pada 18 Jun lalu sebelum mereka ditemui di inap desa, di sini, petang Sabtu lalu, disambung lima hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md Nor, berkata permohonan sambung reman dibuat berikutan tempoh reman semua suspek yang berusia antara 16 hingga 23 tahun berakhir semalam.

"Permohonan sambung reman terhadap semua suspek dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Tempoh sambung reman selama lima hari bermula hari ini hingga Selasa ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, dua sepupu remaja yang dilaporkan hilang sejak 18 Jun lalu, ditemui selamat di Machang pada petang Sabtu lalu, iaitu kira-kira 32 jam selepas keluarga mereka membuat dua laporan polis berasingan pada pagi Jumaat lalu.

Remaja terbabit, Nor Syahzanani Mohd Sulaiman, 15, dan Nur Kaseh Nalisya Mohd Ramzul Nazrie, 16, ditemui di sebuah inap desa di Machang, kira-kira 25 kilometer dari kediaman mereka di Kampung Baloh dekat Kok Lanas.

Susulan penemuan dua remaja itu, polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Sumber.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال