Ketika polemik Negeri Sembilan terus mendapat perhatian majoriti rakyat Malaysia dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin lantang mengulas kemelut berkenaan sehinggakan Anwar samada sengaja merancang untuk mendapat perhatian atau lidahnya tidak mampu dikawal, beliau mengeluarkan kenyataan “tidak beradap” yang ditujukan khas kepada Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Barisan Nasional?
Rakyat tiba-tiba ‘diingatkan kembali’ dengan satu perkembangan penting yang melibatkan Perdana Menteri sendiri bakal berlaku di Mahkamah Tinggi pada Rabu ini, 30 September 2026. Kes Anwar di katakan membuat serangan seksual terhadap pekerjannya sendiri, Muhammed Yusoff Rawther.
Pada pukul 9 pagi, Mahkamah Tinggi dijadualkan menyampaikan keputusan terhadap permohonan Anwar supaya beberapa isu awal ditentukan terlebih dahulu sebelum perbicaraan saman sivil yang difailkan bekas pembantu penyelidiknya diteruskan.
Tarikh ini penting kerana apa yang dipohon Anwar berpotensi memberi kesan besar terhadap perjalanan saman yang telah berlarutan sejak 2021. Keputusan itu akan disampaikan oleh Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.
Mahkamah akan menentukan permohonan Anwar supaya beberapa persoalan awal berkaitan kejadian yang didakwa berlaku pada 2 Oktober 2018 diputuskan terlebih dahulu sebelum kes bergerak kepada perbicaraan penuh.
Antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai bagaimana Yusoff hadir ke kediaman Anwar pada hari berkenaan, sama ada beliau diarahkan menghantar teks ucapan, siapa yang bersamanya dan sama ada pertemuan yang didakwa berlaku itu benar-benar berlaku sebagaimana dinyatakan dalam saman.
Rakyat nampak pelik apabila Anwar antara lain mahu isu berkenaan diputuskan melalui keterangan afidavit atau prosiding tertutup tanpa kehadiran media. Hujah pihak Anwar ialah penentuan terhadap isu awal tersebut berpotensi menyelesaikan keseluruhan tuntutan tanpa memerlukan perbicaraan penuh, manakala pihak Yusoff membantah permohonan itu.
Saman Yusoff bukan isu yang baru muncul semalam. Ia difailkan pada 14 Julai 2021 berhubung dakwaan serangan seksual yang dikatakan berlaku pada 2 Oktober 2018. Anwar menafikan dakwaan tersebut dan turut mengemukakan tuntutan balas.
Sehingga hari ini, dakwaan berkenaan masih merupakan perkara yang dipertikaikan antara kedua-dua pihak dan belum diputuskan melalui perbicaraan penuh mengenai merit kes tersebut.
Namun ketika satu keputusan penting mengenai perjalanan kes itu semakin hampir, perhatian politik negara sejak beberapa hari kebelakangan ini begitu kuat tertumpu kepada kemelut Negeri Sembilan.
Anwar bukan sekadar memberikan satu kenyataan ringkas. Beliau beberapa kali tampil memberikan pandangan secara terbuka dan menggunakan bahasa yang keras ketika mengulas tindakan kerajaan Negeri Sembilan serta Menteri Besar dalam krisis yang menyentuh institusi adat, Undang Yang Empat dan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Persoalannya kini bukan sama ada seseorang Perdana Menteri mempunyai hak untuk memberikan pandangan terhadap sesuatu isu nasional.
Persoalan yang lebih besar ialah mengapa isu Negeri Sembilan diberikan perhatian begitu luar biasa ketika pada masa yang sama satu kes mahkamah yang melibatkan Anwar secara peribadi sedang menghampiri satu lagi titik penting.
Rakyat dan pemerhati kes ini melihat apabila Perdana Menteri sendiri berulang kali membawa perhatian kepada satu kemelut negeri ketika tarikh keputusan mahkamah yang berkaitan dengan dirinya semakin hampir, mereka mempunyai ruang untuk bertanya apakah sebenarnya keutamaan komunikasi politik yang sedang dibentuk ketika ini.
Adakah krisis Negeri Sembilan benar-benar memerlukan keterlibatan Anwar secara begitu terbuka sehingga beliau perlu berkali-kali memberikan kenyataan mengenainya?
Atau rentetan kenyataan tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan perhatian awam beralih daripada satu perkembangan mahkamah yang mempunyai kaitan langsung dengan Perdana Menteri sendiri?
Persoalan ini menjadi lebih relevan apabila tarikh 30 September semakin hampir.
Jika mahkamah menerima permohonan Anwar dan isu-isu awal tersebut membawa kepada penyelesaian saman tanpa perbicaraan penuh, perjalanan kes itu boleh berubah dengan ketara.
Jika sebaliknya, saman tersebut boleh terus bergerak ke fasa berikutnya mengikut keputusan dan arahan mahkamah.
Apa juga keputusannya, mahkamahlah yang mempunyai kuasa untuk menentukan perkara tersebut berdasarkan undang-undang, afidavit dan hujahan kedua-dua pihak.
Namun dari sudut politik, rakyat juga berhak melihat keseluruhan kronologi dan bertanya mengapa ketika perkembangan penting ini semakin hampir, ruang maya dan gema di warung kopi, universiti, lobi hotel dan tempat kenduri begitu sarat dengan polemik Negeri Sembilan yang dipacu melalui kenyataan politik Perdana Menteri sendiri dan disambut oleh 'ceplos' termasuk dari pegawai-pegawai lantikan politik Anwar.
Kumpulan 'ceplos' dilihat gigih mengalihkan isu dari kesilapan Aminuddin Harun ketika menjadi Menteri Besar kepada menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sembilan.
Kumpulan 'ceplos' dilihat gigih mengalihkan isu dari kesilapan Aminuddin Harun ketika menjadi Menteri Besar kepada menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sembilan.
Kegigihan 'ceplos' sehinggakan kumpulan siber truper ini sanggup menghina Undang Nan Empat dan turut membelakangi Adat Perpatih.
Sebenarnya, Rabu ini, 30 September 2026, jam 9 pagi menjadi titik yang penting buat Anwar.
Bukan kerana mahkamah akan menentukan benar atau tidak dakwaan terhadap Anwar pada hari tersebut tetapi kerana mahkamah akan menentukan bagaimana salah satu kes sivil yang paling sensitif melibatkan beliau akan bergerak selepas ini.
Selepas keputusan itu diumumkan, rakyat boleh menilai sendiri sama ada perhatian luar biasa terhadap polemik Negeri Sembilan sepanjang tempoh ini hanyalah satu kebetulan politik atau sebahagian daripada rentetan komunikasi yang berlaku ketika satu perkembangan penting sedang menghampiri Anwar Ibrahim sendiri.
Malah, isu ‘Mafia Korperat’ juga sedang hangat bukan sahaja menjadi topik bualan di ruang maya tetapi sudah masuk ke fasa segelintir rakyat mula berdemostrasi secara mana dan SOGO adalah titik mulanya hiruk tersebut.

