Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato Sri Azalina Othman Said menyambut baik keputusan kerajaan menaikkan ambang kebankrapan daripada RM100,000 kepada RM150,000, selain memperluas pelaksanaan Dasar Peluang Kedua kepada penjaga utama ahli keluarga orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, warga emas, pekerja ekonomi gig serta individu yang mempunyai pendapatan tidak tetap.
Azalina menjelaskan bahawa pelaksanaan Dasar Peluang Kedua telah berjaya membebaskan lebih 250,000 rakyat Malaysia daripada status kebankrapan sejak tahun 2023.
“Belanjawan MADANI 2027 membuktikan bahawa reformasi bukan sekadar mengubah undang-undang dan institusi, tetapi turut membawa perubahan nyata kepada rakyat serta masa depan negara,” katanya.
Tags
Berita

