Malaysia Hot

Najib Razak Bebas?



KUALA LUMPUR — Tumpuan negara kembali terarah kepada Istana Negara apabila Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersidang hari ini bagi mempertimbangkan semula permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Ini merupakan kali kedua permohonan berkenaan dibawa dalam tempoh seminggu. Dalam mesyuarat pada 11 September lalu, pertimbangan terhadap permohonan Najib telah ditangguhkan ke mesyuarat berikutnya. 

Persidangan hari ini sekali lagi mencetuskan persoalan, adakah Najib Razak akan dibebaskan?

Setakat jam 9.40 pagi, beberapa kenderaan yang membawa anggota Lembaga Pengampunan dilaporkan telah meninggalkan Istana Negara. Bagaimanapun, belum ada sebarang pengumuman rasmi berhubung keputusan mesyuarat tersebut.

Apa yang pasti, permohonan Najib kini kembali berada di meja pertimbangan. Sama ada beliau dibebaskan, diberikan bentuk pengampunan lain atau permohonannya belum diputuskan, rakyat perlu menunggu kenyataan rasmi.

Sehingga itu, persoalannya kekal: Najib Razak bebas?



Previous Post Next Post

نموذج الاتصال